Sunday, July 17, 2011

Mari beramal..

Hadis yang Menarik Rasulullah S.A.W

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'

Saat Anda membwa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..

Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.

Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.

Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.

Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari.ia stroke...Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .

Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung"

namun kita semestinya menyedari perjuangan Islam adalah tanggungjawab kita.

Friday, July 8, 2011

Sesuatu untuk di kongsi.. =)

“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman, “Di manakah orang yang cinta-mencintai karena keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.”
(H.R Muslim)


Dialog cinta antara seorang lelaki dan wanita…yang masih dilemma duka..biarlah takdir yang menentukan hubungan mereka itu..andainya ditakdirkan tuhan masih ada jodoh..adalah dia..andainya tiada biarlah ia pergi dikejauhan..hiba..


Wanita : awak…kite kenal dah nak dekat setahun dah..awak tahu tak dulu saye xpercye lgsung dekat lelaki..tapi lepas awak muncul..pandangan sya berubah..ermm..tapi saya takut ler..

Lelaki : kenapa awak? Saya nie jahat ker? Saya ada buat ape-ape kat awak ker? Kenapa awak cakap macam tue? awak sebenarnya betul-betul serius ker dgn saya?

Wanita : awak.. saya serius dengan awak tau..saya xmain-main..sy risau kehilangan awak..ntahla awak..saya tak tahu..saya rasa berdosa dengan semua orang…saya harap awak faham yer..

Lelaki : awak dah tak sayang saye ker? Kenapa awak tak cakap dari dulu ? kenapa awak mempermainkan saya? Awak..saya sayang awak…bukan dasar rupa tapi dasar agama..

Wanita : erm..bukan macamtue awak..saya rasa tak tenang..saya tak mempermainkan awak..tapi hubungan kita nie dah mempermain-mainkan hukum Allah..saya takut…

Lelaki : saya harap awak yang pertama dan terakhir untuk saya..berilah saya peluang..untuk buktikan cinta saya kpda awak…

Wanita : maaf awak..saya xboleh teruskan lagi hubungan nie..saya takut berdosa saya takut jadi zina..saya xnak kecewakan semua..

Lelaki : yer..saya faham awak..tapi saya nak jadi pelindung pada awak..saya dah pilih awak..saya nak sunting awak cepat2 tapi saya masih banyak lagi tanggungjawab..sya belum mampu..

Wanita : awak…awak percayakan..kalau jodoh tue ada ia xkan lari ke mana…kalau dah ditakdir saya untuk awak satu hari nanti..mesti saya akan ada dengan awak..

Lelaki : hmm…tapi..awak..saya dah pernah kecewa..saya xnak terima buat kali yang kedua..

Wanita : awak..sekarang bukan masanye lagi….tunaikan semua tanggungjawab awak dulu
yer ??

Lelaki : ah….sudahlah..xpayah nak berselindung lagi..kenapa baru sekarang awak nak beritahu?? kenapa baru sekarang awak nak cakap semua tue..kalau dari dulu awak tolak semua kata-kata saya kan senang..awak ingat hati dan perasaan boleh di buat main ker? Kenapa nak tunggu sampai hampir setahun ?? (marah sang lelaki mencurah rasa)

Wanita : awak..maafkan saya…maafkan saya..saya tahu saya yang silap..sya khilaf..saya xsedar awak…saya xtahu apa yang berlaku..awak kita xcouple kan selama nie? Kita kawan baik kan? (bersuara sayup sang wanita dirundung seribusatu penyesalan..duka..

Lelaki : selama nie sya selalu mengharapkan awak…saya nak jadi suami mithali..nak bina keluarga harmoni..nak ada selalu dengan awak walau susah walau senang..tiap kali kalau saya xmesej awak..rasa sunyi jer..

Wanita : awak…kita dah buat banyak silap…kerana mesej kita boleh jadi leka dan alpa..saya xnak lalai dalam beragama..saya takut sangat dengan hukum tuhan..

Awak tahu kan semakin banyak kemanisan kita hirup sebelum perkahwinan semakin tawar ia bila sudah berkahwin nanti..saya takut terjadi kepada insan macam saya nie..

Sang lelaki terdiam seketika makin kelam nada suara hati…kata-kata benar dari seorang wanita..kata ikhlas demi alam rumahtangga..tapi masih belum masanya tiba..

Lelaki : awak..saya bersyukur sangat..kenal awak…mungkin Allah bagi kita bertemu untuk seketika nie..sekadar ujian buat kita..kita nie mampu tak nak kawal nafsu sebagai remaja…awak selalu ingatkan saya di kala saya lupa..

Wanita : tak..bukan saya..tapi Allah..

Lelaki : sebenarnya saya yang silap..saya banyak buat awak lalai dan leka..maafkan saya yer.. (mudahnya sang lelaki untuk berkata-kata)..awak betul..kita tak patut teruskan hubungan nie lagi..saya sedar siapa saya..saya xmahu lagi diulit dosa..saya xnak awak merana di masa kita..ermm..awak..saya seronok berkawan dengan awak bukan kerna nafsu tau..tapi kerana pekerti awak..yer..saya akan percaya pada jodoh kita andainya awak..orangnya..

Wanita : terima kasih yer..awak memahami saya..saya harap awak tak terasa dengan kata2 saya tadi yer..bukan niat saya untuk melukai awak..tapi saya xnak hubungan ini berterusan dengan diikuti kemurkaan tuhan..
Lelaki : betul awak..awak maafkan saya dari hujung rambut sampai hujung kaki yer?? Saya mohon ampun dekat awak sangat2,,,atas semua kesalahan saya sepanjang mengenali awak…

Wanita : xla..saya xper..awak mohon ampun pada Allah yer…kerana dialah yang merencanakan segalanya..

Lelaki : awak..kita dah lama berbual nie..mungkin ni akhir perbualan kita..kita xtahu apa perencanaan Allah kepada kita..saya mohon maaf sekali lagi yer…anggaplah kita ini saudara seagama yang sentiasa ingat mengingati…saya nak pergi jauh dari awak..untuk seketika..andai anda nyawa dan masa mungkin kitakan bertemu jua…izinkan saya pergi..yer..ASSALAMUALAIKUM….sahabatku..

Sang lelaki melangkah pergi…dengan langkah pilu di hati..tapi dia mengerti kerana ilahi yangkan membawa cinta abadi dalam diri..dan sanubari..pedih yang menikam biarlah terbungkam..biarlah dia hilang bersama kabus semalam…

Wanita : waalaikumsalam…. (bisik hati wanita)..saya sayangkan awak..tapi biarlah kita bersabar untuk hasil indah dikemudian hari…walau awak pergi jauh dari saya..saya akan sentiasa dekat di hati awak..saya xkan pergi jauh..awak…terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup saya..

Tamat sudah kisah percintaan mereka..sama2lah kita berdoa agar jodoh mereka bertaut semula…biarlah pabila sudah berkerjaya..andai tiada..biarlah mereka redho..dengan segala ketentuannya…

p/s : dialog di atas hanyalah rekaan semata-mata sekadar meluah jiwa..tiada kena mengena dengan yang bernyawa atau tidak bernyawa…sekadar berkongsi lamunan..

Saturday, July 2, 2011

20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki..??

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA 'CUCI MATA'
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka... Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji...

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...

13. PANAS BARAN
Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

p/s: Ciri2 ni adelah dalam diri aku..ptut la di benci -.-"