Monday, December 24, 2012

Aku kembali selepas setahun menyepi.

Assalamualaikum. Dikala bulan mengambang, keesokkan hari pulak ade Quiz EPO. Lama betul aku tak menulis kt sini. Well, biasa la. malas menguasai diri utk meng'update'.tambah2 lagi makin bz dgn kelas, assignment and mcm2 hal dunia bak kata Mydin. Bukan ada viewer pun, ye tak..? haha.juz kidding. Tak terlewat lg utk aku mengucap salam konvocation utk semua rakan2 ku yg telah berjaya mendapatkan segulung diploma. Sekarang, aku masih menyambung study di penang lagi..??? AKU MASIH DISINI. bertambah lagi 3 tahun aku kt penang ni weiii..almost 3 tahun lebih la aku spend my life kt sini. I LOVE PENANG..!! dah jadi mcm rumah ke-2 after seremban. dah boleh cari calon 1 kat penang..?? hahahahaha. Juz kidding =p
Selama setahun aku tak update, bnyk yg dah berubah. Ade yg dah kahwin. Aku dah semakin meningkat besar. Ade kawan dtg & pergi. Org yg takde awek, dah ade awek.(Kepada Amirul, tahniah. Tahun depan, nasi minyak, oke..?) Yg kurus, dah menjadi tembam..?? Yg malas menjadi rajin. Hari ini, bersamaan 24/12/12 adalah genap setahun arwah mama aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. Aku sgt2 merinduimu mama. bukan ape, dulu aku terlalu bergantung dgn arwah. Sungguh berat utk kehilangan seorang insan yg bernama ibu. Dalam masa setahun ini, setiap kali aq bgun tido, mesti aku ingin mmengucapkan perkataan 'mama'. Tp aku tak berdaya. mampu berdoa kpd Allah supaya mama di tempatkan di kalangan org yg beriman. Aku perlu kuat utk meneruskan hidup. Aku perlu kuat. Kadang2 hati ku pilu apabila org lain bleh call mak diorg, tiap2 minggu jumpa. betapa sedihnya. tak dpt nk ku gambarkan kesedihan yg ku rasakan ini. Aku pun dah tak tahu nk menulis ape lg. lagi pnjang aku tulis, makin byk airmata akan jatuh kerana sebak bila mengenangkan kehilangan seorg ibu & amat rindukan kasih sayang seorg ibu. Tiada org yg boleh mengganti tempat mama. Akhir kata, Sayangi parents korang selagi mereka ade di muka bumi ni. mintak maaf hari2. takut2 tak sempat nk mintak maaf bila mereka tiada. -24/12/12- -12.45am- -Pulau Pinang-

Monday, December 26, 2011

.Warkah buat Mama.

.Assalamualaikum.
.First of all, thanks sbb sudi datang n baca.
.Pada tarikh 24.12.2011, telah perginya seorg insan yg paling aq sayang in my life.
.Pergi mu tanpa ku duga.
.Ini semua adalah ketentuan Allah.
.Aku harus redha dgn kejadian ini. ade hikmah di sebalik semua kejadian Allah.
.aku baru merancang utk menjaga mama sewaktu cuti semester baru2 ini.
.tetapi tidak ku sangka, kepulangan ku disambut dgn sekujur tubuh kaku mama.
.Masya'Allah.betapa sedih tidak terkata.aq tidak dpt berkata apa2.
.Hanya mmpu mengalirkan airmata.
.kita hanya merancang. tetapi perancangan Allah itu lebih sempurna.
.Perginya seorg mama dlm life aku.
.kami sekeluarga hanya mmpu mendoakan mama supaya ditempatkan di kalangan org2 yg Beriman. Insya'Allah.
.aku amat bersyukur kerana di kurniakan Allah seorg mama yg sabar menjagaku dari sekecil tapak tangan hingga sekarang.
.tetapi Allah itu lebih sayangkan mama.
.belum sempat aq hadiahi segulung ijazah ku kepada mama.
.Insya'Allah aq akan cuba sedaya upaya untk menghabiskan ape yg dah aq mulakan.

AL-FATIHAH~

Sunday, December 11, 2011

.Selamat Beramal. =)

>> SATU HARI, SEMUANYA IBADAH KERANA ALLAH..<< Hari ini, permulaan hari..hari yang mendebarkan. Huu.
Rabbi yassir wa la tu'assir. ✿~ Bangun awal pagi, alhamdulillah! -ibadah
✿~ Bangunkan roomates kerana Allah- ibadah
✿~ Berwuduk, bersugi amalkan sunnah -ibadah
✿~ Qiyam dua rakaat- ibadah
✿~ Solat nawafil- ibadah
✿~ Solat wajib -ibadah ✿~ Zikir, al-mathurat -ibadah
✿~ Mandi kerana nak sihat tubuh badan, nak
bersemangat menuntut ilmu, nak kuat beribadah pada
Allah- ibadah
✿~ Bismillah, pilih baju, iron baju kemas-kemas, pakai
baju cantik-cantik dan sederhana, TUTU AURAT kerana Allah -ibadah
✿~ Breakfast- sihat tubuh badan, bertenaga, BEKERJA
untuk Allah -ibadah
✿~ Dengar radio rancangan baik -ibadah
✿~ SENYUM dan bermanis muka pada roomates kerana
Allah -ibadah ✿~ Beri salam, jawab salam, bermanis muka pada yang
lain -ibadah
✿~ Jalan kaki atau berkenderaan ke kelas -ibadah
✿~ Tepati waktu -ibadah
✿~ Bersalaman dengan kawan-kawan -ibadah
✿~ Hormat lecturers- ibadah ✿~ Membaca, mengingat, menulis, menghafal, menjawab
dan mungkin jugak presentation? -ibadah
✿~ Berfikir -ibadah
✿~ Jalan ke masjid, duduk di masjid, solat di masjid -
ibadah
✿~ Qoilulah (tidur sekejap sebelum Zohor) -ibadah ✿~ Nasihat kawan-kawan -ibadah
✿~ Lunch dengan sederhana untuk sihat, dan bertenaga
untuk Allah- ibadah
✿~ Baca Al-Quran satu muka kerana Allah -ibadah
✿~Tersepak batu, tolong alihkan -ibadah
✿~ Ternampak sampah, tolong buangkan- ibadah ✿~ Meeting! Itqan dan ihsan dengan kerja, jaga
muamalah dan ikhtilat, program bermanfaat untuk orang
lain kerana Allah -ibadah.
✿~ Discussion ilmiah- ibadah!
✿~ Ajak adik-adik, kawan-kawan berhalaqah kerana
Allah -ibadah ✿~ Ke library baca buku, TAMBAHKAN ILMU - ibadah
✿~ Hadiri majlis ilmu, halaqah -ibadah
✿~ Ajak kawan-kawan ke majlis ilmu -ibadah
✿~ Belanja kawan-kawan -ibadah
✿~ Dengar , dan tengok video yang baik-baik -ibadah
✿~ Baca paper, update news dari saudara-saudara Islam yang lain- ibadah
✿~ Call ummi walid, ibu ayah, mak bapa, mama papa -
ibadah
✿~ Tanya khabar adik-adik, kakak-kakak, abang-abang,
sahabat handai -ibadah
✿~ Kemas bilik, tempat tidur, basuh baju kotor (lagi baik cuci pakai tangan sendiri-heh!), susun buku, sapu sampah
sebab nak jadi Muslim bersih -ibadah
✿~ Diuji, teruji, dan sabar -ibadah Islam adalah cara hidup, secara KESELURUHAN. Bukan
separuh-separuh!
(Al-Baqarah: 208) Dan, Islam MENGAJAR bahawa hidup ini tiadalah SEMATA-
MATA melainkan untuk beribadah kepada Allah.
(Az-Dzariyat: 56) >>> Islam adalah patuh, tunduk dan taat..Semuanya
IBADAH, hanya bila MATLAMATNYA baik, caranya baik,
dan DINIATAN kerana Allah..senangkan nak dapatkan
PAHALA? Cumanya dalam sehari berapa agaknya pahala
"berkurang" sebab DOSA-DOSA "bertambah"? Tolak
campur dengan hal-hal lagho dan tidak bermanfaat, tolak campur dengan hati yang BELUM SEMPURNA IKHLASNYA
dalam ibadah..yang entahkan amalan-amalan itu, ayam
tidak patuk. Itik pun tidak sudu. MUFLIS! Allahhu
Allah..♥♥♥